CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 15 November 2012

PROSES PILIHAN RAYA



SEJARAH PILIHAN RAYA DI MALAYSIA


Add caption
SEJARAH PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
  •  Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat menentukan parti politik yang membentuk kerajaan dan mentadbir negaramelalui pilihan raya umum.
  •     Bagi tujuan itu,pilihan raya di Malaysiadiadakan setiap lima tahun untuk memilih:

a) Wakil rakyat di Parlimen untuk memerintah Negara
b) Wakil rakyat di DUN untuk memerintah negeri
  •  Namun, pilihan raya umum boleh diadakansebelum tempoh lima tahun tamat apabilaYang di-PertuanAgong membubarkanParlimen atas cadangan Perdana Menteri.

LOGO & TEMA HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-55 TAHUN 2012


gambar logo hari merdeka ke 55 maksud disebalik logo rasmi hari kemerdekaan 2012 ke 55

LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN


Yang berikut merupakan tema Hari Kebangsaaan dari tahun 1970 sehingga kini.

Penggunaan logo hanya bermula pada tahun 1976

PEJUANG KEMERDEKAAN DAN TOKOH PEMBENTUKAN MALAYSIA





 TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

Sepanjang hayatnya, Tunku telah menunjukkan kewibawaan sebagai pemimpin dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama pihak Majlis 
Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan. Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku - Bapa Kemerdekaan.

Monday, 22 October 2012

PENUBUHAN MALAYSIA



Tunku Abdul Rahman dalam satu ucapan beliau di depan Persatuan Wartawan Asing di sebuah hotel di Singapura pada 27 Mei 1961, menggagaskan penubuhan negara Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei Sarawak, dan Sabah. Antara lain, ia bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepat proses kemerdekaan terhadap Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Singapura menyambut baik idea tersebut manakala Brunei enggan menyertainya. Manakala Sarawak dan Sabah yang mulanya menolak cadangan tersebut akhirnya telah bersetuju apabila diberi jaminan mengenai pemerintahan sendiri. 

Sunday, 21 October 2012

NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA


FAKTA RINGKAS NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

perlis
NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN

RAJADuli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
RAJA PEREMPUANDuli Yang Maha Mulia Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid
MENTERI BESARY.A.B. Datuk Dr. Md Isa Bin Sabu
IBU NEGERIKangar
BANDAR DIRAJAArau
DAERAHTiada
PARLIMEN3 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI15 Kawasan
LAMAN WEBhttp://www.perlis.gov.my

PERAYAAN DI MALAYSIA - HARI RAYA DEEPAVALI



Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu.Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai pesta cahaya,Deepavali atau Diwali. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama ’aippasi’ pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu.Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.

PERAYAAN DI MAAYSIA- HARI RAYA AIDILFITRI



HARI RAYA AIDILFITRI 

Hari Raya Aidilfitri merupakan peristiwa atau lebih dikenali sebagai perayaan yang disambut oleh umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Namun begitu, kita akan lebih memfokuskan sambutan perayaan ini di Malaysia. Secara ringkasnya, perayaan ini disambut selepas bulan Ramadhan bagi menandakan kejayaan umat Islam berpuasa(menahan nafsu) selama sebulan. Mari kita mengkaji dengan lebih dekat lagi tentang perayaan ini.

PERAYAAN DI MALAYSIA - TAHUN BARU CINA




Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik,daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Friday, 12 October 2012

BENDERA NEGARA KITA

Flag Malaysia animated gif 240x180
NAMA: JALUR GEMILANG


Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Semasa sambutan kemerdekaan ke 40, pada 31 Ogos 1997 Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah memilih nama Jalur Gemilang bagi bendera Malaysia.

SENARAI PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI PERTAMA
Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Bapa Kemerdekaan
1957–1970
(13 Tahun)

PERDANA MENTERI KEDUA
Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
Bapa Pembangunan
1970–1976
(6 Tahun)

Thursday, 11 October 2012

Selamat Datang

Selamat datang ke blog saya.
Dalam blog ini saya akan berkongsi nota-nota pengajian kajian tempatan mengikut tahun dengan sedaya upaya. Berharap anda semua akan dapat apa yang saya paparkan di dalam blog pada masa yang akan datang.

Marilah menjadi "follower" saya ^^