CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 21 October 2012

PERAYAAN DI MAAYSIA- HARI RAYA AIDILFITRI



HARI RAYA AIDILFITRI 

Hari Raya Aidilfitri merupakan peristiwa atau lebih dikenali sebagai perayaan yang disambut oleh umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Namun begitu, kita akan lebih memfokuskan sambutan perayaan ini di Malaysia. Secara ringkasnya, perayaan ini disambut selepas bulan Ramadhan bagi menandakan kejayaan umat Islam berpuasa(menahan nafsu) selama sebulan. Mari kita mengkaji dengan lebih dekat lagi tentang perayaan ini.

Info Ibadah Puasa

Islam(Allah) telah memerintahkan ibadah puasa bagi umat Islam. Menurut Islam, puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa, bermula terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Islam juga telah memberi garis panduan kepada penganutnya tentang rukun dan syarat sah berpuasa. Selain itu, jika anda mengkaji tentang ibadah berpuasa, ia lebih bertujuan untuk melatih nafsu dari melakukan perkara-perkara tertentu. Jika seseorang itu dapat memenuhi syarat dan 
rukun berpuasa dengan betul(tidak melakukan perkara yang membatalkan dan yang tidak memakruhkan atau perkara yang mengundang dosa), puasa seperti inilah yang diingini dan di terima Allah sebagai puasa yang sebenar-benar puasa serta inilah yang dikatakan kejayaan sebenar ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Persediaan & Perlaksanaannya


Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.
Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

Persediaan untuk perayaan ini kebiasaannya dibuat di dalam bulan Ramadhan. Pelbagai jenis dan bentuk persediaan yang dilakukan. Antaranya ;

1. Dari segi perhiasan:

• Kebersihan dan keceriaan rumah.
• Perhiasan diri seperti ’Baju Raya’.
• Memasang pelita dan sebagainya.

2. Dari segi makanan:

• Membuat biskut raya.
• Makanan utama seperti:
Ø Ketupat
Ø Lemang
Ø Rendang
Ø Dodol
Ø Dan sebagainya

3. Dari segi permainan:

• Bunga api
• Mercun
• Meriam buluh(telah diharamkan)

4. Dari segi kekeluargaan:

Kebiasaannya, semua perantau akan pulang ke kampung, perayaan ini selalunya disambut bersama keluarga.

5. Dari segi diri:

Inilah sebenarnya yang disuruh oleh Islam iaitu persediaan dalaman(rohani) bagi setiap umat Islam. Perlaksanaan sebenar perayaan ini adalah bagi mengugurkan dosa-dosa yang telah dilakukan(bertaubat), saling bermaafan, dan bersedia menghadapi cabaran yang menguji tahap keimanan seseorang. Ini kerana syaitan dan iblis dirantai di bulan Ramadhan, maka ini adalah peluang seseorang itu melatih nafsunya dan meningkatkan tahap keimanan tanpa gangguan, seterusnya bersedia bagi menghadapi hari dimana syaitan dan iblis dilepaskan semula(pada Syawal).

6. Lain-lain persediaan:

• Kewangan (terutamanya duit raya)

Amalan Lazim

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

0 comments:

Post a Comment